Tip & Petua

1. Asam jawa kurangkan lemak
- Ambil sebuku asam jawa dan masukkan ke dalam segelas air. Ramas sehingga isi asam jawa terlerai dari bijinya. Masukkan air tersebut ke dalam peti sejuk dan minum selepas anda makan tengah hari dan makan malam. Hasilnya, berat badan akan menurun dan anda rasa lebih segar.

2. Air limau nipis turunkan berat
- Campurkan jus dua biji limau nipis dengan segelas air kosong dan masukkan ke dalam peti sejuk. Jadikan minuman rasmi selepas makan tengah hari dan makan malam. Amalkan selama sebulan dan jangan lupa bersenam.

3. Langsing selepas bersalin
- Ambil lima halia bara (halia cina), 10 biji lada hitam dan 30 ekor ikan bilis. Tumbuk kesemuanya sehingga lumat dan perahkan sebiji limau nipis. Makan bersama nasi panas pada waktu pagi dan malam. Amalkan setiap hari sepanjang tempoh berpantang.

4. Pekatkan sup
- Masukkan sedikit kentang yang telah direbus dan dilecek. Hasilnya, sup menjadi pekat dan enak.

5. Elakkan lipas
- Ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan pada tempat yang digemari lipas seperti di dalam almari pakaian dan kabinet dapur. Sentiasalah gantikan daun pandan yang sudah layu dengan daun-daun baru agar lipas tidak lagi mengganggu.

6. Elakkan ikan kering berulat
- Jemur ikan kering di tempat panas dan taburkan dengan sedikit serbuk lada hitam yang telah ditumbuk kasar.

7. Hilangkan bulatan hitam bawah mata
- Ambil segenggam daun pudina segar dan tumbuk sehingga hancur. Sapukan pada sekitar mata dan biarkan selama kira-kira 10 minit. Selepas itu, cucilah dengan air sejuk.

8. Segarkan pokok
- Rendamkan tahi ikan bilis dan kepalanya dengan air di dalam bekas dan perapkan selama beberapa hari. Selepas itu, barulah disiramkan ke pokok bunga anda.

9. Urat betis timbul
- Ambil segenggam kacang hijau dan rebus dengan air sehingga mendidih tetapi jangan sampai kacang tersebut pecah kulitnya. Biarkan air rebusan tinggal segelas. Minum air rebusan tersebut bersama kacangnya setiap pagi dan sebelum tidur.

10. Merawat muntah
- Ambil beberapa helai daun limau purut dan kisar bersama sedikit air masak sehingga hancur. Minumlah sehingga habis.

No comments:

Post a Comment